Monday, July 12, 2010

Queen of Fruits-Manggis!


- Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the 'King of Fruits' tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the 'Queen of Fruits'?

- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?




- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.

- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah.
Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.

- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.

- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.




- Jadi, nampak tak kandungan buah-buahan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal kelebihan buah-buahan yang lain, tidak disangka buah-buahan tempatan kita adalah champion kepada semuanya. Tahniah manggis, tahniah..!!






(Vemma online busines terhebat, kepada yang berminat daftar percuma untuk dapatkan maklumat dan info lanjut tentang busines ini. http://www.niaga2020.net/ija)

No comments:

Post a Comment