Monday, July 19, 2010

Orang GAGAL tak suka dengar cerita orang BERJAYA!!


Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.

Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan.

Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.
Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.

Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.


(Vemma online busines terhebat, kepada yang berminat daftar percuma untuk dapatkan maklumat dan info lanjut tentang busines ini. http://www.niaga2020.net/ija)

No comments:

Post a Comment